Penggunaan kertas dinding sebagai kemasan dinding merupakan satu pilihan alternatif yang di anggap lebih baik daripada penggunaan cat dinding biasa. Ia memberi corak, warna malah tekstur yang tidak mampu diperolehi dengan penggunaan cat.
Kerja-kerja pemasangannya juga boleh dikatakan mudah dan cepat berbanding penggunaan cat lebih-lebih lagi di dalam rumah yang telah sedia di duduki kerana ianya hanya melibatkan kerja pemasangan kertas yang kering dan tidak mengotorkan. Selain itu ia boleh ditanggal tanpa merosakkan dinding asal apabila tidak di perlukan kelak.

Kertas dinding yang berkualiti mampu bertahan antara tujuh hingga 10 tahun dan ia tidak mudah pudar. Ini menjadikan ia satu pilihan yang juga berkesan dari segi kos.
Pemilihan kertas dinding perlu dibuat dengan teliti khususnya supaya ia selaras dengan konsep hiasan dalaman rumah atau pejabat. Pemilihan corak dan warna yang tepat pastinya memberi kepuasan kepada pemilik kediaman berkenaan. Jika anda kurang mahir tentangnya kertas dinding, anda boleh bertanyakan khidmat nasihat mana-mana kontraktor atau konsultant pemasangan kertas dinding sebelum membuat sebarang keputusan.
Dari aspek penjagaan, kertas dinding harus bebas dari kelembapan yang tinggi. Pemasangan kertas dinding di ruang yang sentiasa terdedah kepada air seperti du luar ruamah dan bilik air adalah tidak di galakkan. Jika kertas dinding rumah anda terkena air, segera lap dan keringkan dengan sempurna Kelembapan jika dibiarkan terlalu lama akan menyebabkan kertas menjadi koyak atau lekang di samping menyebabkan comot dan hilang serinya.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai Wallcovering ini anda boleh terus menghubungi kami di talian yang tertera diruang Wallpaper.